Lokasi Pengoenjoeng Blog

Rabu, 22 April 2009

Pengemis Jalanan. Teruk sangatkah?

(Dari: shamq.blogspot.com/)

Salams guy.

Ya, kali ini aku hendak ceritakan apa yang membuatkan hatiku berdetik pada hari ahad lepas. Pengemis Jalanan. Teruk sangatkah? Ketika aku sedang berjalan seorang diri di sekitar kaki lima yang sarat dengan orang lalu-lalang.

Di suatu sudut mataku terpaku, terlihat seorang perempuan tua sedang duduk dengan kakinya dirapatkan ke dada sambil menghulurkan sebuah cawan kertas kepada orang ramai yang lalu di hadapannya. Ramai di antara mereka yang lalu hanya sekadar lalu dan memandang ke hadapan, ada juga yang berjalan tergesa-gesa dan ada yang disebaliknya.

Aku lihat bertapa uzurnya wanita itu. kalau tidak kerterlaluan boleh aku gredkan sebagai nenek kepadaku... Dengan bertempeknya "tampal koyok" besar di dahinya dan juga kakinya, wanita itu tetap setia duduk di situ walaupun di masa itu hujan mula menitiskan airnya.

Ya Allah, berkata aku di dalam hati, hampir menitis air mata jantan aku pada masa itu. Di manakah anak-anak wanita ini, dari mana asalnya, sudah makankah dia, mengapa dia di sini...??! Itu soalan yang bermain di kepala otakku.

Memang tidak di nafikan, di Malaysia ini, di ceruk mana sekalipun insan yang bergelar "Pengemis Jalanan" ini sentiasa ada di sekeliling kita. Cuma kita kadang-kadang menafikan kewujudan mereka.

Ada di antara kita beranggapan yang mereka ini "Langau", "Pengibuk/Pengacau" dan sebagainya. Sampaikan mereka ini kadang-kadang merimaskan kita. Yang lebih ketara "mereka" yang jenis datang dari meja ke meja ketika kita sedang menjamu selera, atau kita sedang menaiki bus... pendek kata, di mana sahaja pasti terlihat kelibat "Pengemis" ini... dan yang lebih utama, sampaikan kita tertanya-tanya betulkah mereka ini pengemis???

Walau apa pun anggapan kita terhadap mereka, ingatlah mereka pun manusia juga, sama seperti kita, cuma nasib mereka berbeza. Percayalah, tiada insan yang ingin di fitrahkan sebegitu.

(Dimas Anto: "Ya, tidak dulu tidak kini, tidak di sana tidak di sini, pengemis masih saja ada. Piye Jal?")

Tidak ada komentar:

Posting Komentar